Wednesday, 25 April 2007

IBU MATEMATIK- Maths parent by Rohani Matnawi in Malay





Apa khabar anda semua? Selamat berkenalan di dalam blog ini! Saya Rohani bte Matnawi dan merupakan salah satu daripada sukarelawan bersama "Parent Support Group" EPPS.
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua..... Setelah enam tahun tidak bekerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, saya mulai berasa bosan tetapi sejak saya menceburi kegiatan PSG di EPPS, saya berasa seperti berkarier semula.
Saya melalui hari-hari berikutnya dengan lebih bermakna dan komited. Pada setiap hari Isnin, saya mendisiplinkan diri dengan memastikan kerja-kerja di rumah siap sebelum pukul 11 pagi. Ini kerana saya akan menghantar anak saya ke sekolah untuk menghadiri latihan "Sports & Wellness Club for Junior" yang ada di EPPS.
Kemudian saya bersama teman-teman lain yang menyertai "Learning Support Programme" akan membimbing murid-murid yang telah dipilih untuk kami. Saya berasa seronok mengajar anak-anak didik saya yang masih di darjah 1 iaitu Adiro Latief dan Jeremy Mun Guo Jun. Mereka sungguh comel dan petah bercakap. Walaupun baru dua bulan dan hanya seminggu sekali bersama mereka, kami terasa rapat dan mesra sekali. Saya sungguh gembira apabila mereka mengatakan bahawa mereka suka belajar bersama saya.
Sebagai pendidik pula, ia menjadi suatu kepuasan kepada saya melihat anak-anak didik saya menjadi lebih baik dan sempurna daripada sebelumnya. Selain daripada mengajar Matematik pada hari Isnin, saya juga mengajar Bahasa Melayu pada hari Selasa yang disebut "Malay Parents".
Oleh itu, marilah bersama-sama saya dan teman-teman lain menyumbang tenaga dan idea untuk kebaikan generasi akan datang. Kehadiran anda sangat-sangat kami hargai!

No comments:

Post a Comment